Shila Amzah Bakal Kembali Berentap Di "I Am Singer"

Posted by Admin


Penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah bakal berentap kembali di pentas "I Am Singer" bermula 11 April ini.

Program nyanyian yang telah mengangkat Shila sebagai tempat ketiga ini bakal membuka semula pentas mereka dengan konsep berbeza di mana lima finalis musim kedua akan berentap dengan lima finalis dari musim pertama.

Bagi peminat di China mahupun di Malaysia yang merindui suara lunak penyanyi berbakat ini bolehlah menyaksikan persembahan hebat beliau yang dikatakan bakal memberi kejutan terbaru dan kelainan dalam persembahannya nanti.

Shila dan rakan senegara Gary Chaw bakal berentap bersama Yu Quan (China), Terry Lin (Taiwan), Aska Yang (Taiwan) dan Huang Qishan (China).

Turut memberi saingan kepada mereka adalah Peng Chia-Hui (Taiwan), Han Lei (China), G.E.M (Hong Kong) dan Zhang Jie (China).

Pastinya pertandingan ini bertambah sengit kerana membariskan bintang handalan dan nama-nama besar di sana.

Nantikan persembahan Shila dan semoga dengan peluang kedua ini beliau dapat membuktikan lagi kehebatannya sebagai penyanyi bertaraf antarabangsa di sana.

sumber: tupai.com.my

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment