Budak 5 Tahun Bunuh Diri Kerana Dilarang Tonton Filem Spiderman

Posted by Admin


Jakarta – Seorang kanak-kanak lelaki, Valentino, lima, membunuh diri selepas gagal mendapat kebenaran ibu bapanya untuk menonton filem adiwira terbaru, Spiderman di pawagam.

Mangsa melompat dari tingkat 19 menerusi tingkap rumahnya di sebuah apartmen di ibu negara Indonesia ini.

Ibu bapanya yang mengetahui mengenai kejadian itu bergegas turun ke bawah dan membawa mangsa ke hospital berdekatan untuk menyelamatkannya, namun gagal.

Murid tadika itu disahkan mati sebelum sampai di Hospital Pluit, utara Jakarta lapor Kompas.com semalam.

Ketua polis daerah, Suyudi, memetik kenyataan ibu mangsa, Valentino mulanya meminta kebenaran untuk menonton filem Spiderman yang ditayangkan di pawagam.

Dia bagaimanapun tidak memberi kebenaran kerana sedang menjaga adiknya yang sakit.

“Selepas permintaannya ditolak, mangsa lari ke dalam bilik dan mengunci dirinya dari dalam.

Ibu mangsa cuba membuka pintu apabila mendengar sesuatu – anaknya terjun menerusi tingkap,” katanya.

Mayat Valention dihantar ke sebuah hospital di Jakarta untuk siasatan lanjut.

Polis masih menyiasat kes berkenaan. – Agensi
More aboutBudak 5 Tahun Bunuh Diri Kerana Dilarang Tonton Filem Spiderman

Foto Intim Fazura Dan Hans Isaac, Peminat Kata Mereka Sepadan

Posted by Admin


Portal rotikaya telah berkongsi sekeping foto Fazura dan Hans Isaac yang kelihatan agak intim di laman fanpage facebook mereka di mana kedua-dua selebriti ini mengenakan pakaian serba hitam. 

Ia mendapat pelbagai respon dari pengguna-pengguna laman facebook yang lain. Kebanyakan komen mereka menyatakan Fazura dan Hans Isaac nampak sepadan dan matang berbanding jika Neelofa dan Hans Isaac. 

Benarkah pendapat para peminat ini?


sumber
More aboutFoto Intim Fazura Dan Hans Isaac, Peminat Kata Mereka Sepadan

Pelakon Filem Lucah Bertukar Jadi Makhluk Asing

Posted by Admin


Tokyo – Akibat terlalu taksub dengan kecantikan, seorang pelakon filem lucah di Jepun sanggup melakukan pembedahan plastik berulang kali hingga wajahnya seiras dengan makhluk asing dalam filem Harry Potter, Dobby.

Gelaran Dobby diberikan kepada Rina Nanase oleh pengikutnya dalam twitter selepas dia memuat naik wajah terbarunya selepas pembedahan di bahagian hidung.

Nama Dobby itu menyebabkan Rina menjadi berang dan menyifatkan mereka yang memberikan gelaran tersebut sebagai cemburu dengan pembedahan yang dijalankannya.

Pelakon yang berusia 25 tahun dan menggunakan nama Rumi Kanda, sebelum ini tidak berahsia mengenai rupanya dan pembedahan kosmetik yang dilakukannya.

Dia telah menjalani pembedahan di bahagian mata, hidung dan dagu.

Ramai yang mengkritiknya kerana wajah terbarunya itu amat berbeza dengan wajah asalnya, yang lebih manis dan menawan.

Meskipun dia tidak merasakan pembedahan yang dilakukan itu memberikan kesan yang besar kepada wajahnya, namun Rina terkejut apabila mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya.

More aboutPelakon Filem Lucah Bertukar Jadi Makhluk Asing

9 Foto Ana Dahlia Bersama "Teman Tapi Mesra" Di Bangkok

Posted by Admin

Baru-baru ini, gambar Ana Dahlia dan “teman tapi mesranya”, Ubai Zulkiflee di Bangkok telah pun tersebar. Menariknya di dalam salah satu gambar tersebut, ada gambar pasangan ini bermain buih bersempena dengan Pesta Songkran yang dianjurkan ketika mereka berada di sana. Seronok penulis melihat senyuman mereka. Memang jelas tengah bahagia dan seolah-olah sedang hanyut dibuai cinta.


Namun seperti biasa apabila gambar sebegini dimuat naik ke media sosial, pelbagai persoalan mula bermain di minda para peminat. Salah satunya ialah “Ana dan Ubai tue pergi bercuti 2 orang je ke?“. Berkata kepada portal GUA, Ana Dahlia menafikan perkara tersebut. Kata Ana:-

Saya rasa saya tidak perlu cerita apa-apa lagi. Saya letakkan satu sahaja gambar saya bersama lelaki tersebut dalam Instagram saya, gambar-gambar lain, saya tidak tahu macam mana boleh tersiar. Kami bukannya pergi berdua ke sana, kami ke sana berama-ramai.

Mengenai acara Songkran, saya tidak tahu pun acara itu akan disambut ketika saya ke sana. Kawan-kawan saya mengajak saya bercuti ke sana, jadi saya hanya mengikut mereka sahaja dan itu cuma kebetulan. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi mengenai perkara ini


Saya selalu berkongsi mengenai aktiviti dan rutin harian saya di Instagram untuk tatapan peminat. Bukan sahaja ketika di Bangkok, tempat lain juga saya kongsi, ketika saya menjalani penggambaran, beriadah dan sebagainya. Saya tidak faham kenapa perkara ini boleh menjadi masalah besar.

Saya rasakan tidak baik untuk mengambil gambar di Instagram tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu. Sebelum siarkan sebarang cerita ataupun gambar, apa salahnya jika bertanya dahulu

Nasihat penulis kepada Ana Dahlia, kalau dah muat naik gambar ke Instagram, bersiap sedialah untuk gambar tersebut disebarkan buat tatapan umum. Kalau taknak kena sebar, tak payah guna Instagram ke, Facebook atau pun Twitter. Itulah lumrah kehidupan seorang selebriti. Lagi beberapa gambar Ana Dahlia dan rakan-rakannnya terutama Ubai di Bangkok dengan membaca artikel ini sepenuhnya.








sumber
More about9 Foto Ana Dahlia Bersama "Teman Tapi Mesra" Di Bangkok

Pemain Dram Scorpions Dipenjara Sebulan Kerana Hina Islam Di Dubai

Posted by Admin


Dubai – Pemain dram kumpulan rock Scorpions, James Kottak dilaporkan telah dihukum penjara selama bulan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan menghina di Emiriah Arab Bersatu.

Kottak didakwa menghina Islam, menunjukkan isyarat lucah dan berada di bawah pengaruh alkohol ketika berada transit di lapangan terbang Dubai.

The Gulf News melaporkan, dia ditangkap pada 3 April lalu ketika dalam perjalanan dari Rusia ke Bahrain.

Ketika itu, kumpulan Scorpions dijadualkan mengadakan persembahan pada perlumbaan Formula Satu.

Kottak dilaporkan mengaku minum arak namun menafikan tuduhan lain.

Sementara pengurus Scorpions tidak memberikan sebarang maklum balas.
More aboutPemain Dram Scorpions Dipenjara Sebulan Kerana Hina Islam Di Dubai

Aksi Yoga Fouziah Gous Dan Suami Jadi Perhatian Di Media Sosial

Posted by Admin

Seronok tengok aksi pasangan yang baru tujuh bulan mendirikan rumahtangga, Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof ketika melakukan senaman Yoga di rumah mereka.


Walaupun Fouziah sememangnya lebih tinggi berbanding suaminya namun Zhafran memiliki kekuatan fizikal yang hebat. Melalui sekeping foto santai yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya, Fouziah dilihat begitu mudah diangkat oleh Zhafran.

Buat wanita yang sudah berkahwin, ajaklah suami anda untuk melakukan senaman yoga bagi meningkatkan tahap kesihatan. Tidak semestinya perlu keluar rumah untuk bersenam, di dalam rumah pun boleh.


sumber
More aboutAksi Yoga Fouziah Gous Dan Suami Jadi Perhatian Di Media Sosial

Bil RM17,017 Perkara Biasa Di Samudra Exotic

Posted by Admin


Kuala Lumpur: “Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.

Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.

“Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

“Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan,” katanya jurucakap itu lagi.

sumber: Harian Metro
More aboutBil RM17,017 Perkara Biasa Di Samudra Exotic

Wajah Erra Fazira Apabila Marah Yang Menakutkan

Posted by Admin

Wajah sebenar Erra Fazira apabila marah - Mungkin belum pernah ada peminat melihat wajah sebenar Erra Fazira apabila marah. 

Kalau gambar pelakon itu menangis atau bersedih memang banyak bertebaran di laman maya termasuklah gambar Erra menangis ketika lafaz cerai oleh Engku Emran di mahkamah dua bulan lalu.

Buat mereka yang belum pernah melihat bagaimana bentuk paras rupa Erra Fazira ketika sedang marah melampau, mari layan sekeping gambar di bawah. 

Memang menakutkan, tak gitu? Seram pula penulis tengok lirikan mata aktres berusia 40 tahun itu.



sumber
More aboutWajah Erra Fazira Apabila Marah Yang Menakutkan

14 Foto Sekitar Penceraian Adam AF Dan Fiza Elite

Posted by Admin

Adam AF dan Fiza Elite sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Berikut ialah 14 keping foto sekitar suasana di mahkamah di mana sesi perbicaraan penceraian berlangsung.















sumber: rotikaya.com
More about14 Foto Sekitar Penceraian Adam AF Dan Fiza Elite

10 Foto Lelaki Paling Kotor Di Eropah

Posted by Admin


CZECH– Lelaki gelandangan ini dilabelkan sebagai lelaki paling kotor di Eropah. Kenapa? Kerana dia suka tidur di atas abu dan turut menggosok badannya dengan abu tersebut.

Ludvik Dolezal, 58, akan membakar apa sahaja benda yang ditemuinya sehingga rentung dan kemudiannya dia akan tidur di atas abu berkenaan.

Malah tilam dan selimurnya juga dibakar, bagi memenuhi tabiatnya itu.

“Setahun lalu saya telah berhenti kerja. Sejak itu saya tidur di atas abu dan setiap malam saya akan memasukkan abu-abu berkenaan ke dalam baju saya bagi menjadikannya panas.

“Orang ramai juga membantu saya dengan membawa tayar lama untuk dibakar,’’ katanya.

Dolezal, yang menetap di sebuah rumah lama dikatakan mengalami masalah mental, hingga menyebabkan dia mahu berkongsi hidupnya dengan api dan abu.










More about10 Foto Lelaki Paling Kotor Di Eropah