Pemain Dram Scorpions Dipenjara Sebulan Kerana Hina Islam Di Dubai

Posted by Admin


Dubai – Pemain dram kumpulan rock Scorpions, James Kottak dilaporkan telah dihukum penjara selama bulan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan menghina di Emiriah Arab Bersatu.

Kottak didakwa menghina Islam, menunjukkan isyarat lucah dan berada di bawah pengaruh alkohol ketika berada transit di lapangan terbang Dubai.

The Gulf News melaporkan, dia ditangkap pada 3 April lalu ketika dalam perjalanan dari Rusia ke Bahrain.

Ketika itu, kumpulan Scorpions dijadualkan mengadakan persembahan pada perlumbaan Formula Satu.

Kottak dilaporkan mengaku minum arak namun menafikan tuduhan lain.

Sementara pengurus Scorpions tidak memberikan sebarang maklum balas.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment