Ferris Wheel tertinggi di dunia kini dibuka di Las Vegas
Strip pada 31 Mac, 2014 yang lalu. Berdiri pada ketinggian 550 kaki , roda
Ferris yang dinamakan " High Roller" itu memiliki 520 kaki diameter
roda gergasi dan adalah lebih tinggi daripada pemegang rekod sebelum ini,
Singapore Flyer sebanyak 9 kaki dan hampir 100 kaki tinggi lebih
daripada London Eye yang terkenal di UK.
Fakta Ringkas tentang High Roller:
1) Roda ini terletak di seberang Caesars Palace,
bersebelahan dengan Flamingo Las Vegas dan The Quad Resort & Casino.
2) High Roller ini mempunyai 28
kabin kaca tertutup yang boleh memuatkan sehingga 40 orang setiap
satu (sebesar sebiji bas sekolah).
3) Bergerak pada kelajuan yang munasabah iaitu 1 kaki sesaat
, roda ini mengambil masa 30 minit untuk membuat satu pusingan lengkap di mana
penunpang boleh melihat pemandangan yang tiada tandingannya di Las Vegas Strip
dan lembah sekitarnya.
4) Perjalanan ini juga termasuk persembahan video dan muzik
yang menarik ketika roda berputar untuk mempamerkan pemandangan yang paling
mengesankan dari lembah Las Vegas.
5) Pada waktu malam, 2,000 lampu LED akan menerangi roda
gergasi dan boleh diprogramkan untuk memaparkan warna tunggal, atau corak
berwarna berbeza semasa cuti dan acara-acara khas
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment