Gambar Menarik Linda Rafar Yang Sudah Berhijab

Posted by Admin


Ternyata tahun 2014 ini tidak hanya menyaksikan perubahan imej beberapa selebriti termasuklah Mizz Nina dan Bella Dally yang telah mengenakan hijab, tetapi juga pelakon Linda Rafar.

Menerusi akaun Instagramnya, beberapa gambar yang memperlihatkan dirinya berhijab sudah mula dimuatnaik sejak lebih sebulan lalu.

Jika tidak silap kami, ini merupakan gambar permulaannya mengenakan hijab dengan ‘caption’:

“MogaMendapatHidayahDrpMuYaAllah… #hospital #keepWaiting #luvMyBoys GetWellSoon @rezaimen_keiflin Mama Sentiasa Berdoa n trus berdoa :(“


Ayat tersebut tidak hanya merujuk kepada perubahan dirinya, tetapi juga ditujukan kepada anak keduanya, Rezaimen Keifli yang kini terlantar akibat penyakit kronik.

Apa pun, kami doakan agar Linda terus istiqamah dalam perubahan ini dan sentiasa tabah atas dugaan yang dihadapinya kini.

Sedikit gambar Linda mengenakan hijab yang diambil menerusi Instagramnya:




sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment