Hamil Kali Kedua, Fasha Sandha Mahu Baby Girl

Posted by Admin


Pastinya peminat setia Fasha Sandha sudah sedia maklum pelakon itu kini sedang hamil anak kedua selepas beberapa foto yang memperlihatkan ‘baby bump’nya jelas kelihatan di laman sosialnya, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kehamilan kali keduanya ini, Fasha mengatakan ini semua adalah kerja Tuhan dan rezeki yang dikurniakan buatnya sekeluarga walaupun ramai mengatakan anak sulungnya, Putra Rayfal Ramli yang genap berusia setahun pada 15 April lalu, masih belum puas bermanja dengan dirinya dan suami, Rizal Ashram.


“Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja denga saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki,” katanya memetik laporan majalah Eh!

Dalam pada itu, Fasha mengharapkan anak perempuan bagi kehamilannya kali ini walau bagaimanapun, aktres tersebut menerima sahaja pemberian Allah SWT buatnya sekeluarga kelak. – SiakapKeli.com

Oleh: Audrey Lee

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment