Selepas mengambil ganja bukan lagi satu kesalahan di Colorado, Amerika Syarikat kini jualannya dilihat kian terbuka menerusi mesin layan diri.
Mesin ini diperkenalkan untuk mengelak sistem orang tengah dan memudahkan pembelian oleh pelanggan.
Dalam erti kata lain, pengguna ganja kini tidak lagi perlu membeli secara sembunyi-sembunyi.
Digelar Zazz, mesin yang dikeluarkan oleh syarikat American Green ini mula diperkenalkan buat kali pertama di sebuah dispensari di Eagle-Vail, berhampiran sebuah restoran barbeku.
Bagaimanapun untuk membeli produk ganja di mesin ini, pelanggan harus menggimbas kad pengenalan sebagai pengesahan identiti dan usia.
Bagi langkah berjaga-jaga untuk tujuan keselamatan, mesin Zazz turut dilengkapi beberapa kamera. – SiakapKeli.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment