Najis Manusia Berusia 700 Tahun Di Temui Oleh Arkeologi Di Dalam Tong Di Denmark

Posted by Admin


Pasukan arkeologi menemui tong yang berisi najis manusia di kota Medieval, Denmark. Tong najis manusia yang ditemui dalam timbunan tanah itu diyakini telah berusia 700 tahun. 


Menurut laporan Copenhagen Post, kawasan tersebut dikatakan sebuah bandar besar pada masa lalu dengan terdapat banyak peninggalan kuno seperti rumah bata, rumah kayu hutan dan kandang. Namun yang menjadi perhatian adalah sistem tandas di bandar itu selepas penemuan tong berisi najis.


Ahli arkeologi yakin najis tersebut sengaja disimpan dalam tong agar ia tetap berada dalam kadaan baik. Najis itu akan dikaji untuk mengetahu apakah yang dimakan manusia ketika zaman pertengahan (Middle Age).

"Dari hasil analisis pertama ini menunjukkan bahawa rasberi popular di Odense pada era 1300-an," tutur arkeologi, Maria Elisabeth Lauridsen, pada Discovery. "Isinya juga mengandungi potongan lumut, kulit dan kain yang digunakan sebagai tisu tandas." 






{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment