BALIK PULAU – Seorang lelaki cedera di muka kerana terjatuh dari tingkat tiga ketika dia melarikan diri selepas perbuatannya memecah masuk sebuah rumah flet dan mencabul seorang penghuni yang ketika itu sedang tidur disedari dalam satu kejadian di Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi
itu, suspek yang berusia 28 tahun dikatakan masuk ke rumah terbabit
sebelum dia cuba mencabul mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang
tamu.
Menurut sumber, mangsa yang berusia lingkungan 20-an hanya menyedari
kejadian itu selepas berasa tubunya diraba suspek sebelum dia menjerit.
“Jeritan mangsa membuatkan suspek terkejut dan dia cuba melarikan diri
apabila melihat beberapa penghuni di kawasan itu tiba di rumah
berkenaan.
“Suspek cuba melarikan diri melalui pintu dapur namun dia tidak bernasib
baik apabila terjatuh dari tingkat tiga rumah berkenaan menyebabkannya
tersembam di simen dan mengalami kecederaan teruk di muka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin
mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan setakat ini
suspek sudah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. – myMetro Online
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment