Wajah Terbaru Anak Putera William Dan Kate Middleton

Posted by Admin


Jika sebelum ini kelibat ibunya, Duchess of Cambridge, Kate Middleton sering mencuri perhatian lensa kamera, kini perhatian itu sudah dicuri oleh anaknya sendiri, Putera George Alexander Louis.



Baharu sahaja mencecah usia lapan bulan, kecomelan pewaris takhta diraja Britain ini kelihatan semakin terserlah.



Gambar terbaharu George bersama ibu bapanya diambil ketika pasangan diraja itu mengadakan lawatan kerja ke New Zealand, baru-baru ini.


Untuk makluman, George dilahirkan pada Julai tahun lalu selepas dua tahun pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 29 April 2011 yang turut digelar ‘Wedding of The Year’

sumber: http://www.ibtimes.co.uk/

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment