Engku Emran Cuba Memenangi Kembali Hati Erra?

Posted by Admin


Adakah benih-benih cinta masih lagi bersisa di antara pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin?
Ini kerana jikalau anda merupakan pengikut setia laman Instagram Engku Emran, anda akan dapat melihat bait-bait kata romantis lelaki tersebut yang dilihat cuba memenangi semula hati bekas isterinya.
Terdahulu, Erra dan Emran telah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 18 Februari lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia lima tahun, Engku Aleesya.
Malah, Emran juga telah membuat tempahan khas tshirt Aleesya yang bertulis ‘#prayformomanddad (berdoa untuk mak dan ayah).




Adakah benar seperti yang diwar-warkan Emran menerusi laman sosialnya itu?
Kalau benar masih panjang jodoh di antara mereka, kita doakan sahaja yang terbaik buat pasangan ini demi kebahagiaan anak tunggal mereka yang semakin hari semakin membesar cantik persis ibunya. - MYNEWSHUB.MY

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment