Semua pasangan yang bercinta pasti mengimpikan hubungan kekal hingga ke jinjang pelamin bukan? Begitu juga dengan penyanyi kelahiran Kelantan, Misha Omar yang bakal menamatkan zaman bujangnya 2 Mei ini.
Memandangkan tarikh perkahwinan mereka yang semakin hampir, pasangan ini telah merakamkan foto pra perkahwinan mereka sebagai detik-detik terindah sebelum bergelar suami isteri.
Sama cantik, sama padan. Itulah ungkapan kami apabila melihat foto-foto mesra yang telah dikongsi melalui laman sosial Instagram Misha sendiri.
Tampil dengan konsep yang unik, Misha telah menggunakan khidmat jurugambar Joe Zakaria yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinannya nanti.
Kalau nak tahu, pasangan ini telah memilih kilang arang yang terletak di Taiping bagi mengabadikan kenangan dan detik terindah dalam hidup mereka. Menarik kan?
Untuk pengetahuan, majlis pernikahan dan resepsi bagi pihak perempuan akan diadakan di Hotel Renaissanse Kota Bharu, manakala majlis resepsi pengantin lelaki pula bakal berlangsung 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.
sumber: ohbulan.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment