Penjaga Gol Maut Kena Tendang

Posted by Admin


LIBREVILLE – Seorang penjaga gol pasukan bola sepak menemui ajal selepas terkena tendangan di bahagian kepala dalam satu perlawanan di negara Afrika barat, Gabon.

Ketika kejadian, Sylvain Azougoui dari kelab bola sepak AC Bongoville cuba menyelamatkan satu sepakan kencang ke arah pintu gol, namun penyerang pasukan lawan tiba-tiba hilang keseimbangan di atas rumput basah lalu terpijak kepala Azougoui.

Menurut jurucakap rasmi pasukan, pemain berusia 30 tahun yang berasal dari Benin itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada Ahad.

Perlawanan menentang Centre Mberi Sportif itu berlangsung di Bongoville, kira-kira 430 batu di selatan ibu negara Gabon, Libreville. – AP

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment