Video Terbaru Raja Bomoh 1Malaysia Halau Puaka Gua Tempurung

Posted by Admin


Semalam, kami ada menyiarkan laporan mengenai kehadiran Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin di lokasi kemalangan maut yang membabitkan Karpal Singh di Kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak.


Dia dipercayai mahu mengadakan upacara ritual berkenaan kemalangan itu, namun tidak dapat dipastikan adakah ia atas dasar jemputan atau sekadar mahukan publisiti.

Ibrahim sebelum ini menjadi sebutan ramai kerana ritual kontroversinya sewaktu minggu awal tragedi kehilangan pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi laman YouTube saluran Suara TV, satu video lengkap berkenaan tujuan dan aksinya di lokasi kemalangan tersebut telah disiarkan kepada umum.

Menurutnya, tujuan ritual yang dijalankan di tepi lebuhraya itu ialah untuk memastikan tidak ada lagi ‘gangguan halus’ agar ia selamat digunakan oleh para pemandu.

Katanya lagi, dia tidak meminta sebarang bayaran untuk usahanya itu, sebaliknya lebih kepada mahu membantu orang ramai.

“Baru-baru ini, seorang VIP, Karpal Singh ya, Parlimen Jelutong, dan rakan beliau lah yang bersama..jadi satu kemalangan yang tidak ingin terjadi telah terjadi.. Terlibat jin dan syaitan telah mengganggu beliau sehingga luka tu tak teruk, tapi parah tu yang teruk. Jadi kita bersama-sama berdoa sebagai semua pengguna atau yang bakal menggunakan jalan raya ini dapat diselamatkan dengan izin Allah,” katanya.

Hmm, tak tahulah sejauh mana kebenaran kata-kata Raja Bomoh ini.

Tetapi sebaiknya kita sebagai hamba-Nya harus percaya kepada Qada’ dan Qadar yang telah ditetapkan tanpa perlu melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.

Apa pun, saksikan ‘dokumentari’ lengkap ucapan dan ritual Raja Bomoh di Gua Tempurung ini…

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment