Video Wanita Di Ragut Semasa Temuramah Secara Live Di TV Brazil

Posted by Admin


Rio de Janeiro – Seorang wanita Brazil cuba diragut ketika temu bual lintas langsung mengenai kadar jenayah yang semakin meningkat dengan sebuah televisyen di Rio de Janeiro. 

Wanita itu yang namanya dirahsiakan, mengadu tentang kekurangan polis pada waktu siang apabila seorang pencuri cuba meragut rantai emasnya.

Penjenayah itu berjaya memutuskan rantai itu, tetapi gagal melarikannya. Rio terkenal dengan kadar jenayah yang tinggi. Ogos tahun lalu berlaku 406 pembunuhan di bandar berkenaan.

Video itu akan digunakan untuk membantu peminat bola sepak yang datang melancong di bandar itu pada musim panas bagi perlawanan Piala Dunia.

Baru-baru ini, tentera bersenjata dengan bantuan pasukan helikopter menyerbu satu kawasan jenayah di Rio dalam usaha membersihkan kawasan itu dari kadar jenayah menjelang kejohanan bola sepak itu. – AP

 Saksikan Video Di Bawah :


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment