Akhirnya pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak membuka mulut mengakui dirinya kini sedang hangat dilamun cinta dengan pelakon jelita, Emma Maembong.
Jika sebelum ini pasangan tersebut
dilihat lebih suka berteka-teki tentang status hubungan mereka,
sehinggakan perhubungan mesra mereka menimbulkan perasaan ingin tahu di
kalangan peminat setia Zizan dan Emma.
Menerusi Harian Metro hari ini, Zizan tampil membuat pengakuan eksklusif dengan berkata,
“ya, memang benar kami sedang bercinta. Sebab itulah saya berani
bertemu dengan ayah Emma sebagai bukti kesungguhan dan niat ikhlas saya
untuk menjalin hubungan dengan lebih serius dengan Emma. Saya sayang
Emma dan berniat baik terhadapnya”.
Ketika ditanya apakah ciri-ciri yang terdapat pada Emma sehingga
membuatkan jejaka dari Terengganu ini jatuh hati kepadanya, Zizan
menjelaskan sikap bersahaja, tidak cerewet serta Emma sentiasa menjadi
diri sendiri ketika bersamanya.
“Saya terpikat dengan Emma kerana sikapnya. Dia tidak kisah pun kalau
kami makan di warung asalkan kami gembira dan makanannya halal. Emma
juga tidak suka berdandan dengan keterlaluan apabila kami keluar dan dia
suka memberikan senyuman,” katanya lagi.
Zizan juga mendedahkan hubungan mesra mereka mendapat restu keluarga
daripada kedua-dua belah pihak dan berharap kasih yang dimeterai akan
berakhir ke jinjang pelamin- SiakapKeli.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment